Keterbatasan Sumber Alam

Authors

  • Masakaree Ardae @ Nik Muhammad Syukri Nik Wan Universiti Sains Malaysia

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis keterbatasan sumber alam yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri (2003) melalui buku 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Hal ini penting kerana ia melibatkan kepercayaan dan keyakinan bagi setiap muslim. Apakah keterbatasan sumber alam yang dikemukakan adalah sejajar dengan ajaran Islam dan pandangan para ulamanya? Artikel ini cuba merungkai persoalan tersebut. Bagi mencapaikan objektif tersebut artikel ini menggunakan analisis kandungan melalui data kajian keperpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketidak-keterbatasan sumber alam yang diputuskan oleh Muhammad Syukri adalah selari dengan ajaran Islam dan pandangan para ulamanya. Hal ini, dapat dibuktikan dengan rezeki setiap hamba sudah disediakan, pengagihan semula sumber alam, keberkatan sumber alam, dan kepenggunaan sumber alam berasaskan keperluan asas dan kemudahan hidup.

Kata Kunci: Sumber alam, prinsip pembangunan 

Author Biography

  • Masakaree Ardae @ Nik Muhammad Syukri Nik Wan, Universiti Sains Malaysia

     

Downloads

Published

2014-02-23

Issue

Section

Articles

How to Cite