Perbandingan Dastar dalam Agama Sikh dengan Pemakaian Serban dalam Agama Islam

Authors

  • Aman Daima Md. Zain Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA)

Abstract

Turban in the Malaysian context is a term that is synonymous with Islam and Sikhism. These two religions wear turbans as a practice that has its own purpose and philosophy. In Sikhism, wearing a turban or dastar, in the Punjab language, is compulsory and must be executed to prove their compliance and confidence in the teachings of Gurus and the scripture. Meanwhile in Islam, the turban is a clothing of Prophet Muhammad s.a.w and Muslims are encouraged to wear it. In general there are similarities between turban and dastar, but they differ in application, form, size and color. The objective of this study is to share information with our pluralistic society in Malaysia on the issue of wearing the turban in the Muslim and Sikh communities. This information, it is hoped, will create tolerance and cooperation, regardless of race and religion in society to promote the concept of 1 Malaysia. In this study, document analysis method was used to obtain information about the turban and dastar through the books of hadith and references related to the Sikh religion.

Keywords: wearing turban, dastar, Sikhism. 


Abstrak

Serban dalam konteks Malaysia merupakan satu istilah yang cukup sinonim dengan agama Islam dan agama Sikh. Kedua-dua agama ini menjadikan pemakaian serban sebagai salah satu amalan yang mempunyai tujuan dan falsafahnya yang tersendiri. Dalam agama Sikh, pemakaian serban atau dalam bahasa Punjabi ia dipanggil dastar, dianggap satu kemestian yang perlu dilaksanakan untuk membuktikan kepatuhan dan keyakinan mereka kepada ajaran Guru serta kitab suci mereka. Dalam Islam pula, serban merupakan pakaian Rasulullah s.a.w. dan umat Islam digalakkan untuk memakainya. Walaupun secara umumnya, terdapat persamaan antara serban dan dastar, namun ia berbeza dari segi pemakaian, bentuk, ukuran serta warnanya. Antara objektif kajian ini ialah untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat majmuk di Malaysia mengenai isu pemakaian serban dalam agama Islam dan Sikh. Dengan maklumat ini, akan melahirkan sikap toleransi dan kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama dalam kalangan masyarakat demi menjayakan konsep 1 Malaysia. Dalam kajian ini, kaedah analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai serban dan dastar melalui kitab-kitab hadith dan juga rujukan yang berkaitan dengan agama Sikh.

Kata Kunci: pemakaian serban; dastar; agama Sikh.

 

 

Downloads

Published

2014-02-23

Issue

Section

Articles

How to Cite

Perbandingan Dastar dalam Agama Sikh dengan Pemakaian Serban dalam Agama Islam. (2014). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 6, 37-43. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/31