[Gazi Husrev Beg: The Philantropist Who Develop Waqf in Sarajevo] Gazi Husrev Beg: Dermawan yang Membangunkan Wakaf di Sarajevo

  • Nur Ainul Basyirah Alias
  • Ermy Azziaty Rozali

Abstract

Abstract

This research is discuss about the important figure in the development of waqf in Sarajevo by the governor of Bosnia in the 16th century, Gazi Husrev Beg. His important role in developing the city of Sarajevo through his waqf institutions had a positive impact on the local community. Sarajevo, which was originally a small settlement changed into a well-organized city and a thriving trading center in the early 16th century. Although Gazi Husrev Beg was not a pioneer of waqf establishment in Sarajevo, but the development of the city of Sarajevo was seen to reach its peak after his waqf institution, especially the waqf complex and bezistan (closed market) began to be built. Therefore, this writing aims to examine the waqf of Gazi Husrev Beg in Sarajevo as well as look at the development of the city as a result of his waqf. The methodology of this research is focused on information obtained from library research such as books, journal articles, theses and websites. In addition, this study also obtained data from the Medrese Kurshumliya Museum which is a museum within the Gazi Husrev Beg waqf complex. Thus, the findings of this research identify that Gazi Husrev Beg had his own waqf complex as commonly did by the Ottoman rulers in Anatolia. In addition to establishing waqf institutions, he and his wife, Shahdidar also provided loans to businessmen through the money invested by them, subsequently setting the interest for each loan at the rate allowed by the fatwa of the Ottoman mufti. Through the benefits of the loan, it is change into cash waqf to be channeled for building maintenance and payment of salaries for employees at the waqf institution with the existence of this waqf building, the city of Sarajevo developed into an important administrative and commercial center throughout the era of Ottoman rule in Bosnia and Herzegovina.

Keywords: Gazi Husrev Beg, Ottoman Sarajevo, waqf history, waqf complex

 

Abstrak

 

Kajian ini membincangkan berkaitan tokoh penting dalam pembangunan wakaf di Sarajevo oleh gabenor Bosnia pada abad ke-16M, iaitu Gazi Husrev Beg. Peranan penting beliau dalam memajukan bandar Sarajevo melalui institusi wakaf miliknya memberikan impak yang positif kepada masyarakat tempatan. Sarajevo yang pada awalnya merupakan penempatan kecil berubah landskap menjadi sebuah bandar yang tersusun dan pusat perdagangan yang pesat bermula awal abad ke-16M. Walaupun Gazi Husrev Beg bukanlah pelopor kepada pembinaan wakaf di Sarajevo, tetapi kemajuan bandar Sarajevo dilihat mencapai kemuncaknya setelah institusi wakaf beliau terutamanya kompleks wakaf serta bezistan (pasar tertutup) mula dibina. Oleh yang demikian, penulisan ini bertujuan untuk meneliti wakaf Gazi Husrev Beg di Sarajevo serta melihat pembangunan bandar tersebut hasil wakaf beliau. Metodologi kajian ini adalah tertumpu kepada maklumat yang didapati daripada kajian kepustakaan seperti buku, artikel jurnal, tesis dan laman sesawang. Selain itu, kajian ini juga mendapatkan data daripada Muzium medrese Kurshumliya, iaitu sebuah muzium di dalam kompleks wakaf Gazi Husrev Beg. Justeru, dapatan kajian mengenal pasti bahawa Gazi Husrev Beg mempunyai kompleks wakafnya sendiri seperti mana yang biasa dilakukan oleh pemerintah ‘Uthmaniyyah di Anatolia. Selain menubuhkan institusi wakaf, beliau dan juga isterinya, Shahdidar turut memberikan pinjaman kepada para ahli perniagaan melalui wang yang dilaburkan oleh mereka, seterusnya menetapkan faedah bagi setiap pinjaman dengan kadar yang dibenarkan oleh fatwa mufti kerajaan ‘Uthmaniyyah. Melalui faedah pinjaman tersebut, ia dijadikan wakaf tunai untuk disalurkan untuk penyelenggaraan bangunan dan pembayaran gaji para pekerja di institusi wakafnya. Dengan kewujudan bangunan wakaf ini, bandar Sarajevo berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan yang penting di sepanjang era pemerintahan ‘Uthmaniyyah di Bosnia dan Herzegovina.

Kata kunci: Gazi Husrev Beg, Sarajevo era ‘Uthmani, Sejarah wakaf, Kompleks wakaf

Published
2021-06-10
How to Cite
Alias, N. A. B., & Rozali, E. A. (2021). [Gazi Husrev Beg: The Philantropist Who Develop Waqf in Sarajevo] Gazi Husrev Beg: Dermawan yang Membangunkan Wakaf di Sarajevo. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(1), 53-60. https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.545
Section
Articles