[Dato’ Undang Musa Al-Haj: His Contributions to The Plural Society in Jelebu, Negeri Sembilan] Sumbangan Dato’ Undang Musa Al-Haj Kepada Masyarakat Majmuk di Jelebu, Negeri Sembilan

Authors

  • Muhammad Iqbal Haq Ibrahim
  • Ermy Azziaty Rozali

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.549

Abstract

Abstract

Jelebu is one of the district or luak located in Negeri Sembilan. Negeri Sembilan is well known with Adat Perpatih. Similarly, the Luak Jelebu also practices the unique of Adat Perpatih untill today. When we mention about Dato’ Undang, this title is part of the Adat Perpatih system itself, which specifically in the management or rulling roles. This title is the highest rank only for this four places or luak in Negeri Sembilan consists of Jelebu, Rembau, Johol and Sungai Ujong (Seremban). This title is on par with the position of Sultan or Yamtuan Besar Negeri Sembilan (The Grand Ruler of Negeri Sembilan). Hence, Dato’ Undang Musa al-Haj, the Fifteenth Dato’ Undang for Luak Jelebu, is an excellent ruler during his times. He is one of the longest ruler in Luak Jelebu for around 34 years. Throughout his leadership, he had contribute a lot of contribution to his plural society. This writing mainly focusing on Dato’ Undang Musa al-Haj in Luak Jelebu, Negeri Sembilan. This writing based on the historical summary of the position Dato’ Undang in Luak Jelebu, the appointment of the position Dato’ Undang in Luak Jelebu, the biography of Dato’ Undang Musa al-Haj and his contribution to the plural society in Luak Jelebu, Negeri Sembilan.

Keywords: Dato’ Undang Musa al-Haj, Jelebu district, Luak Jelebu, Negeri Sembilan

 

Abstrak

Jelebu merupakan satu daripada daerah atau luak yang terdapat di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan terkenal dengan Adat Perpatihnya. Begitu juga dengan kawasan yang bernamakan Luak Jelebu, masyarakatnya turut mengamalkan Adat Perpatih yang unik sehingga ke hari ini. Apabila menyebut Dato’ Undang ini, gelaran tersebut berada bawah sistem Adat Perpatih itu sendiri, lebih spesifiknya dalam bahagian pentadbiran atau pemerintahan. Gelaran ini merupakan jawatan tertinggi hanya bagi empat buah kawasan atau luak di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Rembau, Johol dan Sungai Ujong (Seremban). Jawatan ini setaraf dengan jawatan sultan atau Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Dalam pada itu, Dato’ Undang Musa al-Haj merupakan Dato’ Undang Ke-15 bagi Luak Jelebu, merupakan salah seorang pemerintah berwibawa ketika zaman pemerintahan beliau. Beliau merupakan antara pemerintah yang lama memerintah serta mentadbir Luak Jelebu sekitar 34 tahun. Sudah tentu, selama dalam pemerintahan tersebut, banyak sumbangan beliau terhadap masyarakat majmuk di bawah pimpinan beliau. Lantaran itu, penulisan kali ini berkisar Dato’ Undang Musa al-Haj di Luak Jelebu, Negeri Sembilan. Penulisan ini bertuntaskan sejarah ikhtisar Luak Jelebu, interpretasi jawatan Dato’ Undang di Luak Jelebu, pelantikan Dato’ Undang Luak Jelebu, biografi Dato’ Undang Musa al-Haj serta sumbangan beliau kepada masyarakat majmuk di Luak Jelebu, Negeri Sembilan.

Kata kunci: Dato’ Undang Musa al-Haj, daerah Jelebu, Luak Jelebu, Negeri Sembilan

Downloads

Published

2021-06-10

Issue

Section

Articles

How to Cite

[Dato’ Undang Musa Al-Haj: His Contributions to The Plural Society in Jelebu, Negeri Sembilan] Sumbangan Dato’ Undang Musa Al-Haj Kepada Masyarakat Majmuk di Jelebu, Negeri Sembilan. (2021). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(1), 98-118. https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.549