[Muhammad Ibn Abi ‘Amir’s Political Involvement According to The Chronicle Of Ibn Hayyan Al-Qurtubi] Penglibatan Politik Muhammad Ibn Abi ‘Amir Menurut Catatan Ibn Hayyan Al-Qurtubi

  • Putera Areff Roslan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Burhanuddin Jalal Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstract

Muhammad ibn Abi ‘Amir was a de facto leader of al-Andalus during the Umayyad rule based in Cordoba. Caliph al-Hakam II had appointed him to hold some political positions to strengthen Umayyad rule in Cordoba (al-Andalus) and al-Maghrib (North Africa). Muhammad ibn Abi ‘Amir’s political appointment was seen as a special position in Cordoba administration. This analysis is seen through the readings of the authoritative primary source written by Ibn Hayyan al-Qurtubi. Hence, the purpose of this article is to scrutinize Ibn Hayyan al-Qurtubi’s biography as an al-Andalus historian in the 5H/11AD Century in his work, al-Muqtabas fi Akhbar Balad al-Andalus. In addition, this research also describes the involvement of Muhammad ibn Abi ‘Amir in the Umayyad administration in Cordoba during the reign of Caliph al-Hakam II based on the chronicle of Ibn Hayyan al-Qurtubi. On the whole, this article is a qualitative research using historical study and content analysis in gathering and analyzing data from relevant primary and secondary sources. Based on Ibn Hayyan al-Qurtubi’s description in al-Muqtabas, this research argues that Muhammad ibn Abi ‘Amir was an authoritative political figure in 4H/10AD Century of the Umayyad rule in Cordoba. His political appointments were held in the fields, of administration, judiciary, military, security, international relations and finance. This research also concludes that Ibn Hayyan al-Qurtubi was a preeminent historian in al-Andalus through his work, al-Muqtabas fi Akhbar Balad al-Andalus, which is seen as his biggest contribution in the corpus of knowledge on Islamic history and civilization in al-Andalus.

Keywords: Political history, al-Andalus, Cordoba, Muhammad ibn Abi ‘Amir, Umayyad Caliphate, Caliph al-Hakam II, Ibn Hayyan al-Qurtubi

 

Abstrak

Muhammad ibn Abi ‘Amir ialah seorang pemimpin de facto al-Andalus pada zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyyah di Cordoba. Pihak Khalifah al-Hakam II telah melantik beliau untuk menjawat beberapa jawatan politik utama bagi memperkukuh pengaruh Kerajaan Umawiyyah di Cordoba (al-Andalus) dan di al-Maghrib (Afrika Utara). Pelantikan politik Muhammad ibn Abi ‘Amir ini turut memperlihatkan kedudukan istimewa yang diterima beliau dalam pemerintahan di Cordoba. Pencerakinan tersebut dilihat menerusi penelaahan terhadap sumber primer berwewenang yang ditulis oleh Ibn Hayyan al-Qurtubi. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk meneliti biografi Ibn Hayyan al-Qurtubi sebagai tokoh sejarawan al-Andalus pada abad ke-5H/11M melalui karyanya, al-Muqtabas fi Akhbar Balad al-Andalus. Di samping itu, kajian ini turut memerihalkan penglibatan Muhammad ibn Abi ‘Amir dalam Kerajaan Umawiyyah di Cordoba pada era pemerintahan Khalifah al-Hakam II berdasarkan catatan Ibn Hayyan al-Qurtubi. Secara keseluruhannya, artikel ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan dalam mengumpul serta menganalisis maklumat daripada sumber primer dan sekunder yang relevan. Berasaskan pemerian Ibn Hayyan al-Qurtubi dalam al-Muqtabas, kajian ini menghujahkan bahawa Muhammad ibn Abi ‘Amir ialah seorang tokoh politik berwibawa abad ke-4H/10M era Kerajaan Umawiyyah di Cordoba. Antara penglibatan politik yang disandang oleh Muhammad ibn Abi ‘Amir adalah meliputi bidang pentadbiran, kehakiman, ketenteraan, keselamatan, hubungan antarabangsa dan juga kewangan. Kajian ini turut menatijahkan Ibn Hayyan al-Qurtubi sebagai seorang tokoh sejarawan terulung di al-Andalus menerusi hasil karyanya, al-Muqtabas fi Akhbar Balad al-Andalus yang dilihat sebagai sumbangan terbesar beliau dalam korpus kelimuan sejarah dan tamadun Islam di al-Andalus.

Kata kunci: Sejarah politik, al-Andalus, Cordoba, Muhammad ibn Abi ‘Amir, Kerajaan Umawiyyah, Khalifah al-Hakam II, Ibn Hayyan al-Qurtubi

Published
2021-07-23
How to Cite
Roslan, P. A., Jamsari, E. A., Abul Hassan Ashari, M. Z., Jalal, B., & Raja Abdul Aziz, R. M. I. (2021). [Muhammad Ibn Abi ‘Amir’s Political Involvement According to The Chronicle Of Ibn Hayyan Al-Qurtubi] Penglibatan Politik Muhammad Ibn Abi ‘Amir Menurut Catatan Ibn Hayyan Al-Qurtubi. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(1), 176-189. https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.558
Section
Articles