[Children's Stress Management According to Islamic Perspective] Pengurusan Stres Anak-Anak Menurut Perspektif Islam

  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Universiti Malaya
  • Annuar Ramadhon Kasa @Muhyiddin Universiti Malaya

Abstract

Abstract

Everyone could not escape from hardship in life whereby it may result heterogeny feelings including stress. Stress is one of a serious mental illness that can be suffered since childhood.  The lack of children control towards stress may result many negative impacts to their physical, emotion and mental. Therefore, Islam had place parents as one of children educator and mentor for their every single problem in life. The purpose of this research is to discuss several strategies in managing children stress in accordance to Islamic perspective. This article is a qualitative research which use documentation methodology for collecting data and thematic analysis for analyzing data. The data’s collected based on this research themes such as health, psychology, parenting education and early childhood education according to Islamic approach. This paper identified several convenient and suitable ways for children’s stress management according to Islamic views.

Keywords: stress management, children, Islamic perspective.

 

Abstrak

Setiap individu tidak terlepas daripada ujian dalam kehidupan yang akhirnya menimbulkan pelbagai perasaan termasuklah keadaan tertekan. Tekanan yang juga disebut sebagai stres merupakan masalah kesihatan mental yang serius sehingga boleh dihidapi sejak peringkat kanak-kanak lagi. Ketidakupayaan anak-anak dalam menguruskan stres boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada fizikal, emosi dan mental. Oleh sebab itu, Islam memposisikan ibu bapa sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak-anak dalam setiap urusan termasuklah menguruskan setiap permasalahan mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan strategi mapan dalam menguruskan stres anak-anak menurut perspektif Islam. Artikel ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode dokumentasi bagi mengumpul data dan analisis tematik bagi menganalisis data. Data-data tersebut diambil berdasarkan tema berkaitan kajian seperti kesihatan, psikologi, pendidikan keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak menurut pandangan Islam.  Hasil kajian ini juga telah mengenalpasti beberapa pengurusan stres yang sesuai diguna pakai oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka menurut pandangan Islam.

Kata kunci: pengurusan stres, anak-anak, perspektif Islam.

Published
2021-09-20
How to Cite
Syed Abdul Rahman, S. M. H., & Kasa @Muhyiddin, A. R. (2021). [Children’s Stress Management According to Islamic Perspective] Pengurusan Stres Anak-Anak Menurut Perspektif Islam. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(1), 205-215. https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.563
Section
Articles