URUTAN PEMEROLEHAN AL-ḌAMĪR AL-MUNFAṢIL DALAM AYAT NOMINATIF BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UITM PERLIS

  • Ummi Syarah Ismail universiti teknologi mara
  • Nazri Atoh Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Munirah Azrae universiti teknologi mara
  • Nadhilah Abdul Pisal Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

 

Kajian ini bertujuan mengenalpasti urutan pemerolehan al-Ḍamīr al-Munfaṣil dalam ayat nominatif bahasa Arab dan aspek-aspek kesilapan pelajar dalam menggunakan al-Ḍamīr al-Munfaṣil. Urutan yang dimaksudkan adalah urutan al-Ḍamīr yang awal dan lewat digunakan. Urutan al-Ḍamīr yang awal digunakan bermaksud ia mudah digunakan manakala urutan yang lewat bermaksud ia sukar digunakan. Melalui al-Ḍamīr yang sukar ia akan dapat menghuraikan bentuk-bentuk kesilapan pelajar dalam pembinaan ayat nominatif. Kajian ini adalah  kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kesilapan bahasa. Instrumen soalan ujian pembinaan ayat diberikan kepada 30 orang pelajar yang mengambil bahasa Arab 3 di UiTM Perlis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat urutan pemerolehan al-Ḍamīr yang awal dan lewat digunakan pelajar. Berdasarkan urutan pemerolehan ini, pelajar lebih mudah menggunakan  al-Ḍamīr mufrad dalam pembinaan ayat nominatif berbanding dengan al-Ḍamīr muthannā dan jamak.

Kata Kunci: Urutan, Perolehan, al-Damir al-Munfasil, Ayat Nominatif, Bahasa Arab

The aim of the study is to identify the sequence of al-Ḍamīr al-Munfaṣil and its acquisition in Arabic nominative sentences and to identify the area of mistakes made by the students in using al-Ḍamīr al-Munfaṣil. The meaning of this sequence is the sequence of al-Ḍamīr in highly used to rarely used. The highly used means that it is easy to use while the rarely used means it is difficult to use. Identifying the rarely used  al-Ḍamīr will be able to elaborate the forms of student mistakes in the construction of nominative sentences. This study will use qualitative research designs using language error analysis. Test sentence is given to 30 students who take Arabic 3 at UiTM Perlis. The findings showed that there are highly used and rarely used al-Ḍamīr acquisition sequences of students. Based on this acquisition order, students are more easy to use al-Ḍamīr singular (mufrad) in the construction of nominative compared to al-Ḍamīr dual (muthannā) and plural (jamak).

Key Words: Order, Acquisition, al-Ḍamīr al-Munfaṣil, Nominative Sentence,; Arabic Language

Published
2018-06-20
How to Cite
Ismail, U. S., Atoh, N., Azrae, M., & Abdul Pisal, N. (2018). URUTAN PEMEROLEHAN AL-ḌAMĪR AL-MUNFAṢIL DALAM AYAT NOMINATIF BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UITM PERLIS. Asian People Journal (APJ), 1(1), 66-81. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/13
Section
Articles