KEPERLUAN PEMBELAJARAN BERASASKAN REALITI MAYA DALAM KONSTRUK PEMASANGAN KOMPONEN KOMPUTER MATA PELAJARAN TMK SPM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SATU KAJIAN RINTIS

  • Abd Hakim Abdul Majid Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,Kota Putra, Jalan Bukit Keluang,22200 Besut, Terengganu

Abstract

 

Kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan penggunaan dan potensi aplikasi realiti maya untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information Comunication and Technology (ICT) di sekolah menengah. Teknologi realiti maya adalah teknologi baru yang amat berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan di negara kita. Ia berpotensi dan berkeupayaan untuk dipersembahkan bahan pembelajaran atau bahan bantu mengajar (BBM) dalam bentuk tiga dimensi (3D), menyokong pembelajaran dalam konteks pandangan orang pertama (first person perspective), visualisasi, dan menyokong pembelajaran penerokaan. Pada masa ini, pengajaran mata pelajaran ICT kebanyakkan adalah secara penerangan dan tunjukcara serta menimbulkan beberapa masalah seperti tahap kefahaman yang rendah, peningkatan kos baik pulih komputer dan lebih berfokus kepada ‘teacher centered learning’ berbanding ‘student centered learning’. Dalam kajian ini, dicadangkan penerapan model realiti maya dalam pembelajaran ICT di sekolah menengah. Satu set soal selidik kuantitatif kepada pelajar dibentuk dan diedar untuk mendapatkan data awal, manakala satu set temubual kajian kualitatif diberikan kepada guru. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pendapat antara pelajar ICT tentang pembelajaran pemasangan komputer sebanyak 26.2 peratus bersetuju bahawa pembelajaran secara teoritikal dapat membantu pelajar dalam proses pemasangan komputer, manakala 73.8 peratus tidak bersetuju bahawa pembelajaran secara teorikal dapat membantu pelajar dalam proses pemasangan komputer. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa pelajar dan guru memperlihatkan persepsi yang tinggi bagi keperluan penggunaan realiti maya dalam pendidikan ICT. Penggunaan realiti maya diharap dapat dijadikan bahan bantu mengajar yang efektif kepada guru-guru sebagai tarikan kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman dan pencapaian kecemerlangan pendidikan terutama dalam mata pelajaran ICT di sekolah. Kajian ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan mengkaji keberkesanan model dan pelaksanaan realiti maya yang akan dibangunkan


Kata kunci : Realiti Maya, Bahan Bantu Mengajar, Pemasangan Komputer

 

This study aims to identify the needs hence potential use and application of virtual reality (VR) in teaching Information Communications and Technology (ICT) or Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) in secondary schools. VR is one of the new technology that has huge potential for widely usage in Malaysia educational system. Amongst are providing and facilitate teaching aids in three dimensional (3D) objects, supports learning from first person view perspectives, visualisation and encourage learning through self-exploration. At the moment, ICT teaching and learning process mostly in explanations and demonstrations method. Consequences using these methods are low levels of understanding amongst the student, increment in computer maintenance cost and more on teacher centred learning rather than student centred learning. This study propose implementation of VR model in teaching and learning ICT subjects in secondary schools. A set of quantitative questionnaire been developed for students in order to collect the initial data while qualitative interviews for teachers. Findings reveal that 26.2 percent of students agreed that teaching and learning personal computer (PC) assembling process can be achieve by theoretical while as another 73.8 percent are disagreed. Further findings reveals that students and teachers showed very high perception of the necessity using VR in ICT teaching and learning process. The use of virtual reality expect to become effective teaching aids for teachers as attraction for the students to improve their understanding and achievement of excellence in education primarily in ICT subjects. Further study is expect in reviewing the effectiveness and implementation of virtual reality model that will be developed.

 

Keyword: Virtual Reality, Teaching Aids, PC Assmble

Author Biography

Abd Hakim Abdul Majid, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,Kota Putra, Jalan Bukit Keluang,22200 Besut, Terengganu
Jabatan Teknologi Pendidikan
Published
2018-06-20
How to Cite
Abdul Majid, A. H. (2018). KEPERLUAN PEMBELAJARAN BERASASKAN REALITI MAYA DALAM KONSTRUK PEMASANGAN KOMPONEN KOMPUTER MATA PELAJARAN TMK SPM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SATU KAJIAN RINTIS. Asian People Journal (APJ), 1(1), 28-44. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/15
Section
Articles