PENENTU PEMACU DAYA SAING USAHAWAN BUMIPUTERA DI NEGERI TERENGGANU: SATU ANALISIS

  • Rossidi Usop

Abstract

Abstrak: Pengenalan: Artikel ini bertujuan memahami pandangan pakar terhadap penentu pemacu daya saing perniagaan di negeri Terengganu. Untuk mencapai tujuan ini, maklumat yang dikumpul daripada sekumpulan 6 orang pakar daripada pengurusan tertinggi di agensi berkaitan keusahawanan yang telah dipadankan untuk dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tanda arah positif dan kekuatan hubungan antara faktor pembangunan modal insan, akses pemasaran dan kewangan terhadap penentu daya saing perniagaan bagi usahawan Bumiputera Melayu di negeri Terengganu. Dapatan ini secara tidak langsung memerihalkan penentu pemacu daya saing perniagaan untuk refleksi usahawan dan menjadi strategi pemerkasaan program pembangunan keusahawanan bagi agensi dan kementerian berkaitan pembangunan keusahawanan khususnya di negeri Terengganu, Malaysia.

Kata kunci: Pandangan Pakar, Daya Saing, Usahawan Melayu, negeri Terengganu

Published
2018-12-15
How to Cite
Usop, R. (2018). PENENTU PEMACU DAYA SAING USAHAWAN BUMIPUTERA DI NEGERI TERENGGANU: SATU ANALISIS. Asian People Journal (APJ), 1(2), 185-196. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/50
Section
Articles