KANDUNGAN BAHAN DALAM MEDIA MASSA YANG MENARIK MINAT PELAJAR. KAJIAN DI SMK DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN

Authors

  • Noradilah Abdul Wahab

Abstract

Abstrak: Pengenalan: Media massa merupakan alat sebaran am atau alat perantara komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat dengat mudah dan cepat. Media massa juga sebagai ruang informasi yang dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat dan dianggap sebagai ruang budaya di mana watak dan peristiwa cuba digambarkan dengan tepat. Objektif: Kertas kerja ini bertujuan melihat kandungan bahan dalam media massa yang dapat menarik minat pelajar. Metodologi: Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan edaran borang soal selidik yang melibatkan 200 pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan daerah Pasir Puteh. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS versi (20). Dapatan menunjukkan, responden kajian meminati kandungan bahan dalam media massa yang berbentuk sukan dan juga hiburan. Kesimpulan: Kemudahan teknologi pada hari ini memudahkan lagi pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat, sama ada maklumat yang berbentuk positif, mahupun negatif.

Downloads

Additional Files

Published

2018-12-15

Issue

Section

Articles

How to Cite

KANDUNGAN BAHAN DALAM MEDIA MASSA YANG MENARIK MINAT PELAJAR. KAJIAN DI SMK DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN. (2018). Asian People Journal (APJ), 1(2), 84-91. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/52