PELAKSANAAN ISTIBDAL DAN PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI PERAK

Authors

  • Ashlah Ibrahim
  • 'Adnin Ibrahim

Abstract

Abstrak: Istibdal ialah menukar dan menggantikan harta waqaf (mawquf) yang lama dengan mawquf yang baru untuk memastikan manfaat mawquf berkekalan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa wakaf istibdal dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan. Antara mawquf yang sering diistibdal ialah tanah dan terdapat tiga mekanisme istibdal tanah iaitu menukar tanah dengan tanah, menukar tanah dengan bangunan serta menukar tanah dengan wang pampasan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melakukan kajian lapangan dengan menemubual pegawai di Majis Agama Islam Perak bagi mendapatkan data dan maklumat berkenaan pelaksanaan istibdal di Perak. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kajian kepustakaan iaitu menganalisis maklumat daripada sumber-sumber asas. Oleh itu, objektif artikel ini ialah adalah untuk menganalisis pelaksanaan istibdal dan pembangunan tanah wakaf khusus di negeri Perak. Kajian ini menjelaskan konsep istibdal wakaf, menganalisis pelaksanaan istibdal tanah wakaf di bawah Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan langkah-langkah pelaksanaannya di bawah MAIPk serta pembangunan lot-lot tanah wakaf di Perak.

Author Biographies

  • Ashlah Ibrahim
    Centre for Fundamental Studies, Management and Science University, Malaysia.
  • 'Adnin Ibrahim
    Academy Contemporary of Islamic Studies, MARA University of Technology Perak, Malaysia

Downloads

Published

2018-12-20

Issue

Section

Articles

How to Cite

PELAKSANAAN ISTIBDAL DAN PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI PERAK. (2018). Asian People Journal (APJ), 1(2), 287-297. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/77