MASALAH PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

  • Siti Fatimah Salleh IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan

Abstract

Abstrak: Akta Pendidikan 1996 membolehkan murid berkeperluan khas (MBK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Selaras dengan itu, Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Sepanjang perlaksanaan PPI di negara kita, terdapat banyak permasalahan yang ditemui dalam kajian-kajian yang telah dijalankan. Isu yang sering kali ditemui dalam PPI ialah permasalahan guru mata pelajaran arus perdana dalam pelaksanaan pengajaran di dalam kelas-kelas PPI untuk MBK. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi segala permasalahan dalam pengajaran guru mata pelajaran arus perdana yang sering kali berlaku di dalam kelas PPI yang mendorong keperluan terhadap guru resos. Permasalahan pengajaran guru mata pelajaran arus perdana di dalam kelas PPI untuk MBK yang telah dikenal pasti ini boleh dikategorikan kepada beberapa faktor. Salah satu faktor permasalahan pengajaran guru adalah dari aspek pengetahuan pedagogi guru. Berdasarkan permasalahan pengajaran guru yang telah dikenal pasti, penulis mencadangkan agar satu kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi melihat keperluan terhadap guru resos berkolaborasi bersama-sama guru mata pelajaran di dalam kelas PPI untuk MBK. Diharapkan dengan menempatkan guru resos di dalam kelas PPI untuk MBK, segala permasalahan dari aspek pengajaran guru mata pelajaran arus perdana di dalam kelas PPI ini dapat diatasi. Hasil kajian ini mendapati pelaksanaan PPI untuk MBK akan berkesan jika dirancang rapi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diimplimentasikan dengan adanya bantuan dan khidmat kepakaran daripada guru resos.

Kata Kunci: Permasalahan Pengajaran Guru, Keperluan Terhadap Guru Resos, Program Pendidikan Inklusif

Published
2018-12-15
How to Cite
Salleh, S. F. (2018). MASALAH PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-263. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/88
Section
Articles