APLIKASI ‘KONSEP 4C’ PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU PELATIH PENGAJIAN AGAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

  • Raja Abdullah Raja Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
  • Daud Ismail Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menilai amalan kendiri guru pelatih praktikum Pengajian Agama IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dalam mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam pengajaran  dan pembelajaran (PdP)) di sekolah. Seramai 41 orang guru pelatih jurusan Pengajian Agama Ambilan Januari 2013 telah dipilih sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang disokong oleh data temu bual separa bersrtuktur. Pelajar dikehendaki memberi respon kepada 20 indikator melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau ‘Konsep 4C’ iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication). Respon soal selidik kajian menggunakan skala likert lima mata. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan mendapatii pengetahuan dan ‘Konsep 4C’ yang diaplikasikan oleh guru pelatih berada pada tahap tinggi (min= 4.01). Manakala analisis berdasarkan empat ‘Konsep 4C’ menunjukkan aspek kreativiti (min= 3.96) dan pemikiran kritis (min= 3.91) berada pada tahap sederhana. Namun aspek  kolaborasi (min= 4.09) dan komunikasi (min= 4.08) menunjukkan pengetahuan dan pengaplikasian pada tahap tinggi. Dapatan temu bual juga menunjukkan  bahawa  guru pelatih berminat untuk melaksanakan PdP ‘Konsep 4C’ di sekolah dengan jelas melalui bimbingan secara teori dan praktikal. Rumusannya, guru pelatih perlu didedahkan dengan pelaksanaan PdP PAK21 khususnya yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Keywords - PAK21, kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi.

Author Biographies

Raja Abdullah Raja Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail

Pensyarah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut  Pendidikan Guru, Kampus Dato' Razali Ismail

 

 

 

 

Daud Ismail, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah & Peradaban Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

References

Buletin Anjakan. (2015) . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Bil.4). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. (2006). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ibrahim Taib. (2011). Kualiti Guru Permulaan: Pendekatan Persamaan Model Struktural. Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 45-59.

Aziz Omar. (2011). Kualiti Pelajar Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 72-86.

Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 338-352.

Maria Salih. (2015). Bagaimana Menjalankan Kajian Tindakan. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamed Amin. (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ehrcke., T. (2013). 21st Century Learning Inc. WINTER 2013, 62-81.

Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Conference Paper Keningau, 1-35.

Ravitz, J. (2014). A Survey for Measuring 21st Century Teaching and Learning: West Virginia 21st Century Teaching and Learning Survey [WVDE-CIS-28]. Department of Education, West Virginia.

Bray, A. (2016). Teachers Experiences of The Integration of 21st Century Learning In The Mathematics Classroom-The Bridge21 Model In Action. School of Education and School of Computer Science and Statistics, Trinity College, Dublin, Ireland.

Lian, A. (2014). Rhizomatic Learning: “As...When...and If...” A Strategy For The ASEAN Community in 21st Century , Rhizomatic Learning For Asean Community.

Cikgu Hailmi.com (2016). Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21): Malaysia. [online] Diperolehi di http://www.cikguhailmi.com/2016/03/konsep-4c-dalam-pembelajaran-abad-21.html. [Diakses pada April 15, 2017].

Jansen, C & van der Merwe, P. (2015). Teaching Practice in 21st Century: Emerging Trends, Challenges and Opportunities, College of Education & College of Human Scienes, Unisa.

Mohd Zarawi Mat Nor. (2012). Pola Penyeliaan Praktikum Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah.Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Terengganu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Vincent, J.M. (n.d). Lifecollege Teachers’ Awareness Of The 21st Century Learning Themes And Skills And Its Relation To Classroom Practice And To The Teacher’s Induction Training. Palawan State University.

Madden. J. (2010). Fostering 21st Century School Mindset: Implications For Schools. ________, 1-13.

Benade, L. (2015). Teachers’ Crtitical Reflective Practice in The Context of Twenty-first Century Learning. Open Review of Educational Research, Vol. 2 (1), 42-54.

Published
2018-06-20
How to Cite
Raja Ismail, R. A., & Ismail, D. (2018). APLIKASI ‘KONSEP 4C’ PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU PELATIH PENGAJIAN AGAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/8
Section
Articles